BANDAR SERI BEGAWAN: Selepas subuh semalam, pelajar Singapura, Cik Syazana Hussain, sudah mula mencari tempat yang baik untuk menyaksikan istiadat bersejarah di Bandar Seri Begawan.
Mahasiswi tahun tiga Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Unissa) itu menyertai ribuan orang yang membanjiri jalan raya kota ini untuk menyaksikan perarakan diraja bagi meraikan Sultan Brunei Hassanal Bolkiah yang telah memimpin negara itu selama...






