Sistem pam air yang rosak di stesen MRT Bishan menyebabkan air bertakung dalam terowong, yang menyebabkan khidmat kereta api di laluan Utara-Selatan (NSL) terjejas hampir 21 jam bermula petang Sabtu (7 Oktober).
Dalam kenyataan media pada Ahad (8 Oktober), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata siasatan awal menunjukkan air hujan memasuki terowong menerusi pembukaan terowong berhampiran stesen MRT Bishan, dari mana...






