Meskipun sudah disiarkan selama empat musim, peraduan realiti Gegar Vaganza (GV) yang menyatukan serta menguji kemampuan penyanyi malar segar tidak hilang semaraknya. Tahun ini, gelanggang pertandingan mengetengahkan nama besar yang sudah bertapak di persada antarabangsa seperti Aishah mahupun bakat dari Singapura, Ferhad dan Indonesia, Firman. Di konsert akhir GV4 kelmarin, dapat dilihat betapa disiplin, daya kreativiti dan kerja keras peserta...






