SKIM diskaun bagi golongan Generasi Perintis di NTUC FairPrice akan dilanjutkan bagi tempoh setahun lagi, umum rangkaian pasar raya itu dalam kenyataan hari ini.
Ini dilaksanakan setelah Skim Diskaun Generasi Perintis menerima rangsangan pada awal 2017, yang membolehkan anggota menikmati diskaun 3 peratus di semua pasar raya FairPrice dan pasar raya besar (hypermarket) pada Khamis di samping Isnin lazimnya.






