Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

FairPrice lanjutkan skim diskaun Generasi Perintis hingga Disember 2018

Dec 28, 2017 | 3:39 PM
a15f9170-af64-43d3-877c-1f2ab2b8443e
- Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR

SKIM diskaun bagi golongan Generasi Perintis di NTUC FairPrice akan dilanjutkan bagi tempoh setahun lagi, umum rangkaian pasar raya itu dalam kenyataan hari ini.

Ini dilaksanakan setelah Skim Diskaun Generasi Perintis menerima rangsangan pada awal 2017, yang membolehkan anggota menikmati diskaun 3 peratus di semua pasar raya FairPrice dan pasar raya besar (hypermarket) pada Khamis di samping Isnin lazimnya.

Skim sepanjang tahun itu, yang diperkenal pada Oktober 2014, akan dilanjutkan buat kali ketiga - kali ini sehingga 31 Disember tahun depan. Sejauh ini, potongan harga sebanyak $11.5 juta telah diberi.

Pada 2017, pembeli golongan Generasi Perintis dapat menjimatkan lebih $4.5 juta, yakni kenaikan 40 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg