SEKOLAH merupakan tapak permulaan yang wajar untuk menyemai benih-benih inovasi agar pelajar lebih bersedia merebut peluang baru apabila dewasa kelak.
Berucap semasa Majlis Pelantikan dan Penghargaan bagi Pengetua di Hotel Shangri-La semalam, Menteri Pendidikan (Sekolah) Ng Chee Meng berkata sekolah perlu mengikis tanggapan salah bahawa inovasi itu merupakan "sesuatu detik eureka dan magikal" di mana detik meraih inspirasi itu "terjadi"...






