PELAKON dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari yang dipercayai menampar seorang anggota polis trafik di sebuah balai polis Kuala Lumpur dan menendang dua orang awam, ditahan reman selama empat hari, bermula semalam (12/1).
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan mahkamah Kuala Lumpur oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir, terhadap pelakon berusia 37 tahun itu, bagi membolehkan siasatan dibuat.






