SEMASA berkhidmat bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dahulu, Leftenan Kolonel (LTC) (Bersara) Adam Hamzah berpeluang melaksanakan misi di luar negara.
Beliau, antara lain, pernah ke sempadan Iraq dan Kuwait pada akhir peperangan antara dua negara itu pada 1992 bagi menjalankan tugas sebagai pemerhati tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama setahun.





