Pawana kencang yang menghembus masuk ke dalam kamarku melayangkan tirai yang terpaut pada jendela. Sejuk. Pustaka gelapku hanya diterangi cahaya lampu meja usang. Dalam kegelitaan ini kumeraba-raba mencari cahaya nan lebih terang nan mampu bukan sahaja menerangi bilikku, malah perjalanan hayatku yang terbentang luas lagi jauh. Aku menarikan pena yang terkepit rapi antara jemariku. Kertas putih menjadi pentasnya sambil ia...





