SELAMA lebih 20 tahun, pengarah urusan syarikat pembekal peralatan menulis, mewarna dan produk seni terkemuka di dunia, Faber-Castell Singapura, Encik Yandramin Halim, 52 tahun, berusaha memajukan misi agar seni mudah diceburi oleh setiap lapisan umur.
Berbekalkan kepercayaan bahawa seni memberi manfaat kepada semua, Encik Yandramin giat mempromosikan bengkel seni dengan syarikat korporat, hospital dan sekolah sejak beliau bekerja di Faber-Castell...





