KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Tony Fernandes meminta maaf menerusi satu video yang dimuat naik ke laman Facebook beliau hari ini (13 Mei), beberapa hari selepas mendapat kritikan kerana membawa mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Rajak naik satu penerbangan bertema Barisan Nasional (BN).
Pesawat yang membawa Datuk Seri Najib itu juga diwarnakan dengan warna biru...





