SEORANG lelaki berusia 27 tahun ditangkap semalam (30 Jun), tiga hari selepas beliau didakwa memecah masuk ke sebuah rumah di Tanjong Katong dan mencuri sebuah komputer riba.
Menerusi satu kenyataan hari ini, polis berkata mereka menerima laporan sekitar 4 pagi Rabu lalu tentang sebuah unit perumahan di Tanjong Katong Road yang telah dipecah masuk.





