Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki 27 tahun ditangkap kerana pecah masuk rumah di Tanjong Katong

Jul 1, 2018 | 4:21 PM
b27a6b80-5530-4c56-93d9-b8bd7e14063f
-

SEORANG lelaki berusia 27 tahun ditangkap semalam (30 Jun), tiga hari selepas beliau didakwa memecah masuk ke sebuah rumah di Tanjong Katong dan mencuri sebuah komputer riba.

Menerusi satu kenyataan hari ini, polis berkata mereka menerima laporan sekitar 4 pagi Rabu lalu tentang sebuah unit perumahan di Tanjong Katong Road yang telah dipecah masuk.

Sebuah komputer riba dilaporkan hilang dari unit itu.

Dia ditangkap di Pasir Ris Street 72 sekitar 10.50 malam kerana disyaki terlibat dalam satu kes memecah masuk rumah dan mencuri pada waktu malam.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga empat tahun dan didenda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg