SEORANG lelaki warga Malaysia berusia 51 tahun meninggal dunia akibat satu kemalangan motosikal di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) menghala ke Ekspreswe Marina Coastal (MCE) dekat jalan susur keluar Jalan Boon Lay pagi tadi (30 Ogos).
Isterinya yang membonceng motosikalnya itu mengalami kecederaan pada tangannya dalam nahas yang turut melibatkan sebuah lagi motosikal.





