Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lelaki warga Malaysia maut akibat nahas di AYE

Aug 30, 2018 | 5:55 PM
NAHAS JALAN RAYA: Seorang lelaki Malaysia terkorban manakala isterinya yang membonceng motosikalnya mengalami kecederaan.
NAHAS JALAN RAYA: Seorang lelaki Malaysia terkorban manakala isterinya yang membonceng motosikalnya mengalami kecederaan. - Foto FACEBOOK/ROAD ACCIDENT. SG

SEORANG lelaki warga Malaysia berusia 51 tahun meninggal dunia akibat satu kemalangan motosikal di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) menghala ke Ekspreswe Marina Coastal (MCE) dekat jalan susur keluar Jalan Boon Lay pagi tadi (30 Ogos).

Isterinya yang membonceng motosikalnya itu mengalami kecederaan pada tangannya dalam nahas yang turut melibatkan sebuah lagi motosikal.

Menurut akhbar The Straits Times, mangsa adalah Encik Subramaniam P. Kolandoi.

Jurucakap polis berkata pemboncengnya dan seorang lagi penunggang motosikal - lelaki warga Malaysia berusia 49 tahun - berada dalam keadaan sedar semasa dibawa ke Hospital Universiti Nasional.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg