MANTAN Menteri Negara Kanan, guru dan pejuang hak pekerja Encik Sidek Saniff, semalam, melancarkan memoir yang menceritakan perjalanan 80 tahun hidupnya sebagai pemimpin Melayu.
Bercakap di majlis pelancaran buku itu di The Arts House Encik Sidek berkata beliau menulis biografi itu kerana ingin berkongsi kisah hidupnya dari saat kanak-kanak, mendewasa di kampung, sebagai seorang ahli kesatuan kerja dan tokoh politik.





