SINGAPURA telah meminta Hongkong bantuan untuk menangkap ahli perniagaan dari Malaysia, Encik Low Taek Jho, pada April 2016 tetapi permintaan itu ditolak, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini (11 Julai).
Polis berkata demikian sebagai respons kepada laporan media yang mendakwa Singapura tidak meminta Hongkong menangkap Encik Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low.





