Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hongkong tolak permintaan Singapura pada April 2016 untuk tangkap Jho Low

Jul 11, 2018 | 5:18 PM
KEMELUT 1MDB: Singapura telah meminta Hongkong bantuan untuk menangkap Jho Low yang dikehendaki bagi siasatan berhubung skandal 1MDB, tetapi permohonan itu ditolak.
KEMELUT 1MDB: Singapura telah meminta Hongkong bantuan untuk menangkap Jho Low yang dikehendaki bagi siasatan berhubung skandal 1MDB, tetapi permohonan itu ditolak. - Foto THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

SINGAPURA telah meminta Hongkong bantuan untuk menangkap ahli perniagaan dari Malaysia, Encik Low Taek Jho, pada April 2016 tetapi permintaan itu ditolak, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) hari ini (11 Julai).

Polis berkata demikian sebagai respons kepada laporan media yang mendakwa Singapura tidak meminta Hongkong menangkap Encik Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Encik Low dikehendaki di Malaysia bagi siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut polis, mereka telah mengeluarkan waran untuk menangkap Low pada April 2016 menyusuli siasatan dan tuduhan terhadapnya bagi kesalahan pemindahan wang secara terlarang dan menerima harta yang dicuri secara tidak jujur.

Tambahnya, waran penangkapan terhadap Encik Low itu masih sah.

Satu laporan oleh South China Morning Post pada 7 Julai lalu menyatakan bahawa Encik Low dan keluarganya dapat keluar dari Hongkong untuk ke Macau kerana kedua-dua Malaysia dan Singapura tidak mengemukakan permohonan bagi penangkapannya secara rasmi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg