PITTSBURGH: Seorang penembak, yang berteriak "Semua Yahudi harus mati" menyerbu saumaah semasa satu perhimpunan dan membunuh 11 orang dan mencederakan lagi enam, termasuk empat pegawai polis, sebelum ditangkap.
Pendakwaraya di Amerika Syarikat mengenakan penembak itu Robert Bowers, dengan 29 tuduhan kesalahan menggunakan keganasan dan senjata api, selepas serangan anti-Semit yang dianggap antara yang paling membawa maut dalam sejarah Amerika.





