DUA lagi lelaki yang telah dikaitkan dengan kes membantu bekas pemimpin Gereja City Harvest, Chew Eng Han, cuba lari dari Singapura Februari lalu telah dijatuhi hukuman penjara.
Tan Poh Teck, seorang warga Singapura berusia 53 tahun, dipenjara 27 minggu sementara Tan Kim Ho, seorang warga Malaysia berusia 42 tahun, dipenjara enam bulan.





