Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 lagi lelaki dipenjara berhubung kes bantu bekas pemimpin Gereja City Harvest cuba lari dari S'pura

Jul 13, 2018 | 4:27 PM
DIPENJARA: Tan Poh Teck yang dikaitkan dengan kes membantu bekas pemimpin Gereja City Harvest, Chew Eng Han, cuba lari dari Singapura Februari lalu dipenjara 27 minggu.
DIPENJARA: Tan Poh Teck yang dikaitkan dengan kes membantu bekas pemimpin Gereja City Harvest, Chew Eng Han, cuba lari dari Singapura Februari lalu dipenjara 27 minggu. - Foto WONG KWAI CHOW

DUA lagi lelaki yang telah dikaitkan dengan kes membantu bekas pemimpin Gereja City Harvest, Chew Eng Han, cuba lari dari Singapura Februari lalu telah dijatuhi hukuman penjara.

Tan Poh Teck, seorang warga Singapura berusia 53 tahun, dipenjara 27 minggu sementara Tan Kim Ho, seorang warga Malaysia berusia 42 tahun, dipenjara enam bulan.

Mereka turut mengaku bersalah terhadap satu tuduhan bersubahat dengan Chew, 58 tahun, untuk meninggalkan Singapura menerusi jeti Pulau Ubin.

Seorang warga Malaysia, Khoo Kea Leng, 45 tahun, telah dijatuhi hukuman penjara enam bulan sebelum ini kerana membantu Chew cuba melarikan diri dari Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg