SEBUAH firma teknologi tempatan telah dilarang mengakses portal program latihan (internship) Universiti Nasional Singapura (NUS) berikutan aduan oleh empat siswi.
NUS telah membuat laporan polis setelah menerima aduan tentang kelakuan tidak wajar oleh pengarah syarikat tersebut semasa temubual bagi program latihan salah seorang siswinya.





