PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memberi amaran tentang keadaan lalu lintas yang boleh menyebabkan kelewatan dalam perjalanan di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas semasa tempoh cuti sekolah.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ICA berkata bahawa orang ramai boleh menjangkakan keadaan lalu lintas yang sesak mulai Jumaat hingga akhir tahun, terutama sekali pada hujung minggu.





