JAWATANKUASA Pilihan parlimen telah meminta undang-undang yang akan memberikan kuasa kepada pemerintah untuk menyekat penyebaran kepalsuan dalam talian dengan pantas, sebagai sebahagian daripada langkah meluas yang diambil untuk memerangi berita palsu.
Jawatankuasa Pilihan berkenaan Pemalsuan Dalam Talian yang Sengaja telah mengemukakan 22 saranan secara keseluruhan, termasuk penggubalan undang-undang, mendesak syarikat teknologi untuk mengambil langkah proaktif menangani kandungan palsu di platform...




