LAGI sembilan orang dilaporkan jatuh sakit ekoran kes keracunan makanan yang melibatkan restoran Spize di River Valley Road, menjadikan jumlah keseluruhan yang terjejas sebanyak 81 orang.
Salah seorang daripada mangsa, Allahyarham Mohamad Fadli Mohd Saleh, 38 tahun, telah meninggal dunia Rabu lalu setelah berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU) di Hospital Besar Sengkang.






