PENDUDUK di bahagian utara, timur laut dan barat Singapura boleh menjangkakan perkhidmatan kepolisian lebih baik apabila Divisyen Polis Woodlands baru mula beroperasi Ahad ini.
Divisyen polis baru itu ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan lebih baik demi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah di kawasan tersebut, terutama di estet perumahan baru di Punggol dan Tengah.






