MENTERI Kewangan, Encik Heng Swee Keat akan menjalankan 'tugas berat dengan penuh tanggungjawab' bersama pasukan pemimpin generasi keempat (4G) setelah dilantik sebagai penolong setiausaha agung pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk memimpin Singapura.
Beliau melahirkan harapan untuk berganding bahu dengan masyarakat Singapura, termasuk masyarakat Melayu/Islam, bagi membina masa hadapan lebih cerah untuk Singapura.





