KENNY (nama samaran) tidak mahu menjadi radikal, tetapi masalah kewangan yang dialaminya mendorong beliau memulakan perjalanan ke Syria bagi menyertai pertempuran bersenjata di zon konflik di sana.
Kini berusia 26 tahun, Kenny yang berbadan tegap dan berat mulut ini berkongsi bahawa hatinya tergerak pergi ke Syria selepas membaca tentang zon konflik itu di Internet.





