MATARAM, INDONESIA: Sejumlah 387 orang terbunuh akibat gempa di Lombok, dengan angka korban dijangka bertambah, kata pihak berkuasa di kawasan itu pada Sabtu (11 Ogos).
Ratusan ribu orang yang kehilangan tempat tinggal pula masih tiada bekalan air, makanan dan perubatan, hampir seminggu selepas bencana melanda.





