JAKARTA: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun ialah penumpang tunggal yang terselamat selepas pesawat yang dinaikinya jatuh terhempas di kawasan gunung-ganang di Timur Indonesia, membunuh lapan orang.
Pesawat Pilatus buatan Switzerland itu putus hubungan dengan menara kawalan trafik udara pada Sabtu (11 Ogos) semasa dalam penerbangan 40 minit di Papua, sebuah wilayah pedalaman.





