PESILAT negara membuka tirai Kejohanan Pencak Silat Sedunia ke-18 dengan penuh bergaya selepas berjaya memungut tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa sebentar tadi.
Hari pertama kejohanan yang diadakan di OCBC Arena, Hab Sukan Singapura itu menyaksikan empat pesilat negara dinobat sebagai juara dunia bagi acara seni.





