Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pesilat negara pungut tiga emas, dua perak dan satu gangsa pada hari pertama

Dec 13, 2018 | 04:07 PM



PESILAT negara membuka tirai Kejohanan Pencak Silat Sedunia ke-18 dengan penuh bergaya selepas berjaya memungut tiga pingat emas, dua perak dan satu gangsa sebentar tadi.



Hari pertama kejohanan yang diadakan di OCBC Arena, Hab Sukan Singapura itu menyaksikan empat pesilat negara dinobat sebagai juara dunia bagi acara seni.



Pingat emas menjadi milik pesilat seni tunggal putera negara, Muhammad Iqbal Abdul Rahman, yang memperolehi mata terbaik 467.



Selain beliau, turut meraih pingat pertamanya ialah, srikandi negara, Nurzuhairah Mohd Yazid yang mengumpul 471 mata dalam acara seni tunggal puteri.



Hatrik emas rombongan pesilat negara disempurnakan oleh gandingan Nur Azlyana Ismail dan Nurhanishah Shahrudin bagi acara seni ganda puteri selepas mendapatkan 585 mata.



Dua pingat perak Singapura dimenangi oleh gandingan Nur Hakim Norshamsuddin dan Syafiq Syazry Mohd Abdul Majid (563 mata) dalam acara seni ganda putera, serta Nurzuhairah, Nurul Syafiqah dan Siti Nazurah Mohd Yusoff (458 mata) dalam acara seni regu puteri.



Pingat gangsa tunggal Singapura dicatatkan oleh tiga pesilat muda negara, Hamillatu Arash Zuffrie, Muhammad Nazrul Mohd Kamal dan Nujaid Hasif Zainal Abidin dalam acara seni regu putera setelah mengumpul 452 mata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >