PUSAT Kejiranan (NC) generasi baru pertama Singapura, yang menempatkan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung untuk memenuhi keperluan penduduk, dilancar di Punggol pada Ahad (17 September).
Setinggi tujuh tingkat dan seluas 27,400 meter persegi, Oasis Terraces dibuka secara rasmi oleh Menteri Pembangunan Negara dan Menteri Kedua Kewangan, Encik Lawrence Wong. Ia terletak bersebelahan stesen LRT Oasis.





