Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pusat Kejiranan generasi baru dilancar

Feb 17, 2019 | 11:00 AM
Encik Wong melancarkan pusat kejiranan generasi baru itu pada 17 Februari.
Encik Wong melancarkan pusat kejiranan generasi baru itu pada 17 Februari. - NUR HUMAIRA SAJAT

PUSAT Kejiranan (NC) generasi baru pertama Singapura, yang menempatkan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung untuk memenuhi keperluan penduduk, dilancar di Punggol pada Ahad (17 September).

Setinggi tujuh tingkat dan seluas 27,400 meter persegi, Oasis Terraces dibuka secara rasmi oleh Menteri Pembangunan Negara dan Menteri Kedua Kewangan, Encik Lawrence Wong. Ia terletak bersebelahan stesen LRT Oasis.

Antara lain, pusat itu menyediakan kemudahan seperti poliklinik, kedai makan, kedai pakaian, kebun masyarakat, tempat permainan kanak-kanak dan sudut bersenam.

Encik Wong, selaku tetamu terhormat di majlis pelancaran itu, berkata pusat kejiranan berfungsi sebagai sebahagian daripada pengalaman HDB yang istimewa.

Beliau menambah ia boleh dikatakan "rumah ketiga, di luar rumah dan tempat kerja, di mana orang ramai dapat berkumpul dan bersosial, dan membina semangat kemasyarakatan".

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg