MENULIS sajak bukanlah satu tugas mudah dan boleh dilakukan sambil lewa. Menulis sajak yang baik lagi berkesan memerlukan kemahiran tertentu seperti penggunaan gaya bahasa dan pemilihan diksi kerana kata-kata yang tepat lagi sesuai (dan pada masa yang sama menepati makna) boleh memantapkan atau memastikan kesepaduan sajak yang terhasil.
Dalam asyik berhati-hati mencari diksi untuk membina sesebuah puisi moden atau sajak,...






