PRESIDEN Halimah Yacob memberi penghormatan kepada mantan presiden Vietnam Le Duc Anh atas sumbangannya kepada hubungan dua hala Singapura-Vietnam.
Dalam suratnya kepada presiden Vietnam Nguyen Phu Trong semalam (26 April) bagi menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Encik Anh, Puan Halimah berkata mantan pemimpin itu telah memainkan peranan penting dalam usaha mempertingkat hubungan dua hala antara Singapura dengan Vietnam.





