Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah beri penghormatan kepada mantan presiden Vietnam Le Duc Anh

Apr 27, 2019 | 3:26 PM
PENGHORMATAN TERAKHIR: Presiden Halimah beri penghormatan kepada mantan presiden Vietnam Le Duc Anh yang meninggal dunia pada usia 99 tahun pada 22 April 2019.
PENGHORMATAN TERAKHIR: Presiden Halimah beri penghormatan kepada mantan presiden Vietnam Le Duc Anh yang meninggal dunia pada usia 99 tahun pada 22 April 2019. - Foto AFP

PRESIDEN Halimah Yacob memberi penghormatan kepada mantan presiden Vietnam Le Duc Anh atas sumbangannya kepada hubungan dua hala Singapura-Vietnam.

Dalam suratnya kepada presiden Vietnam Nguyen Phu Trong semalam (26 April) bagi menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Encik Anh, Puan Halimah berkata mantan pemimpin itu telah memainkan peranan penting dalam usaha mempertingkat hubungan dua hala antara Singapura dengan Vietnam.

Encik Anh, 99 tahun, meninggal dunia Isnin lalu (22 April) selepas menderita satu penyakit yang berpanjangan.

Puan Halimah berkata Encik Anh berkhidmat sebagai presiden ketika hubungan antara Singapura dengan Vietnam sedang berkembang dengan cepat.

"Singapura telah kehilangan satu teman yang rapat," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg