LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, berkata pemainnya perlu lebih konsisten jika mereka ingin menjuarai Liga Perdana England (EPL) selepas kemenangan 3-0 mereka terhadap Cardiff City malam kelmarin.
Jaringan daripada Harry Kane, Christian Eriksen dan bintang pemain Korea Selatan, Son Heung-min, pada separuh masa pertama melihat pasukan itu berada di tangga kedua kedudukan liga, mendahului Manchester City, dan enam mata...





