SETELAH 15 tahun menyarung jersi skuad Singa, pemain veteran Baihakki Khaizan, 35 tahun, akhirnya memilih untuk bersara dari pasukan nasional dan menumpukan perhatiannya terhadap prestasi di Kelab Bola Sepak Thai, Trat FC.
Pengumuman tersebut dibuat melalui satu pos di Instagramnya baru-baru ini di mana beliau telah merakamkan penghargaannya kepada pelbagai pihak termasuk keluarga, mantan jurulatih negara Raddy Avramovic dan Bernd...





