Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bai ucap 'bye bye'

Mar 09, 2019 | 05:30 AM



SETELAH 15 tahun menyarung jersi skuad Singa, pemain veteran Baihakki Khaizan, 35 tahun, akhirnya memilih untuk bersara dari pasukan nasional dan menumpukan perhatiannya terhadap prestasi di Kelab Bola Sepak Thai, Trat FC.



Pengumuman tersebut dibuat melalui satu pos di Instagramnya baru-baru ini di mana beliau telah merakamkan penghargaannya kepada pelbagai pihak termasuk keluarga, mantan jurulatih negara Raddy Avramovic dan Bernd Stange serta peminat.



Semasa dihubungi Berita Harian semalam, Baihakki yang kini berada di Thailand, berkongsi perasaannya yang agak bercampur baur membuat keputusan tersebut.



"Ada masa macam saya sendiri rasa terkejut yang saya buat keputusan ini, tapi (perasaan) agak bercampurlah, ada juga rasa berat, tapi saya tahu satu hari ini tetap akan berlaku, dan saya lebih rela ia berlaku sekarang," katanya.



Baihakki berkongsi bahawa beliau menghargai setiap detik yang diluangkan bersama pasukan negara selama hampir dua dekad itu.



"(Bola sepak) telah menjadi sebahagian daripada diri saya sejak kecil lagi. Apabila dapat sarung jersi merah ini, ia merupakan satu kebanggaan bagi saya dan juga keluarga.



"Sudah tentu, jika masa mengizinkan, masih banyak lagi yang saya ingin capai dan lakukan, tapi kini saya serahkan kepada pemain generasi baru untuk membawa bola sepak Singapura ke tahap yang lebih tinggi," kata bapa tiga anak itu.



Walau telah bersara dari pasukan nasional, bekas pemain pertahanan skuad negara itu menekankan beliau masih meneruskan kerjayanya dalam bola sepak.



"Rancangan saya tidak banyak berubah. Saya masih dengan Kelab Bola Sepak Trat FC Liga Perdana Thailand, dan saya ingin tumpukan perhatian saya untuk bekerja keras dalam kelab saya ini.



"Liga Perdana Thailand ini berada di peringkat yang tertinggi Asean, dan saya ingin menikmati fasa terakhir kerjaya saya dalam bola sepak peringkat tinggi ini," ujar Baihakki.



Katanya, beliau gembira dengan intensiti dan kepantasan yang dikaitkan dengan bola sepak Thailand dan setiap perlawanan dianggapnya seperti perlawanan antarabangsa.



Baihakki berkongsi bahawa beliau akan terus bermain sehingga timbul keinginan untuk berhenti bermain bola sepak sepenuhnya.



"Tapi itu saya belum tahu lagi bila," katanya.



Baihakki menyarung jersi pasukan negara buat kali pertama pada 4 Ogos 2003.



Sejak itu beliau telah bermain dalam 134 perlawanan antarabangsa bersama pasukan negara.



Baihakki juga merupakan antara pemain skuad Singa yang telah diberikan banyak peluang bermain di luar negara.



Ini termasuk untuk tiga kelab bola sepak Indonesia yang besar dari 2009 hingga 2012 - Persija Jakarta, Persib Bandung dan Medan Chiefs.



Berikutan itu, beliau juga telah menandatangani kontrak dengan Johor Darul Takzim.



Dalam pos di Instagramnya itu, Baihakki menulis mesej kepada bekas anggota pasukannya:



"Saya harapkan yang terbaik dalam kerjaya bola sepak anda semua, setiap detik yang kami luangkan bersama memang telah membuat saya gembira.



"(Jersi) anda mungkin kelihatan biasa-biasa saja, jersi merah yang diperbuat daripada 90 peratus polyester dan 10 peratus bahan knit mesh, tapi bahagian kecil di kawasan dada itu mempunyai makna yang begitu besar dan mendalam dan merupakan sebab utama mengapa anda perlu terus berjuang," katanya dengan mengakhiri mesej itu sebagai "peminat nombor satu pasukan, Baihakki Khaizan."




"Ada masa macam saya sendiri rasa terkejut yang saya buat keputusan ini, tapi (perasaan) agak bercampurlah, ada juga rasa berat, tapi saya tahu satu hari ini tetap akan berlaku, dan saya lebih rela ia berlaku sekarang. (Bola sepak) telah menjadi sebahagian daripada diri saya sejak kecil lagi. Apabila dapat sarung jersi merah ini, ia merupakan satu kebanggaan bagi saya dan juga keluarga. Sudah tentu, jika masa mengizinkan, masih banyak lagi yang saya ingin capai dan lakukan, tapi kini saya serahkan kepada pemain generasi baru untuk membawa bola sepak Singapura ke tahap yang lebih tinggi."
- Baihakki Khaizan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >