Anjuran Berita Harian (BH) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), sesi Jom Bual-Bual Kesihatan diadakan di Heartbeat@Bedok kelmarin. Sesi ini mengongsi tip dan panduan kepada para peserta khususnya mengenai pemakanan kanak-kanak yang sedang membesar. Antara tip yang dikongsi adalah bagaimana memupuk tabiat pemakanan sihat dari kecil lagi. Kira-kira 50 peserta hadir dan memulakan dengan kegiatan berjalan pantas bersama Setiausaha Parlimen Kanan...





