GOLONGAN Generasi Merdeka boleh menikmati manfaat di bawah Pakej Generasi Merdeka mulai Isnin (1 Julai).
Ini termasuk tokokan sebanyak $200 ke dalam akaun Medisave setiap tahun selama lima tahun, tokokan sekali sebanyak $100 kepada Kad PAssion Silver, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong semasa menghadiri pameran Generasi Merdeka di Pusat Kejiranan Bukit Gombak hari ini (29 Jun).





