Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Generasi Merdeka mula nikmati manfaat mulai 1 Julai

Jun 29, 2019 | 7:44 PM
GENERASI MERDEKA: Warga Generasi Merdeka boleh menikmati antara manfaat Pakej Generasi Merdeka mulai 1 Julai.
GENERASI MERDEKA: Warga Generasi Merdeka boleh menikmati antara manfaat Pakej Generasi Merdeka mulai 1 Julai. - Foto LIM YAOHUI

GOLONGAN Generasi Merdeka boleh menikmati manfaat di bawah Pakej Generasi Merdeka mulai Isnin (1 Julai).

Ini termasuk tokokan sebanyak $200 ke dalam akaun Medisave setiap tahun selama lima tahun, tokokan sekali sebanyak $100 kepada Kad PAssion Silver, kata Menteri Kesihatan Gan Kim Yong semasa menghadiri pameran Generasi Merdeka di Pusat Kejiranan Bukit Gombak hari ini (29 Jun).

Mereka boleh mendapatkan tokokan $100 kepada Kad PAssion Silver itu boleh dari Isnin hingga 31 Disember di 48 pejabat tiket Transitlink ticket offices, kios Transitlink serta mesin tambah nilai di stesen MRT dan pusat pertukaran bas tertentu.

Mesin tokokan sementara juga akan diletakkan di 25 kelab masyarakat di serata negara serta di pameran dan acara Generasi Merdeka tertentu sepanjang dua bulan mendatang ini.

Encik Gan berkata Pejabat Generasi Warga Emas (SGO) telah mendekati lebih 70,000 warga Generasi Merdeka sejauh ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg