DALAM satu operasi selama 3½ jam semalam (31 Oktober), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap dalam trak mengangkut tanah yang dipandunya.
Dalam satu pos di Facebook semalam, SCDF berkata kemalangan itu berlaku di lebuh raya East Coast Parkway (ECP) selepas jalan keluar Tanah Merah Coast Road pada 4.17 petang.





