Pemandu tersepit dalam trak berjaya dibebaskan SCDF

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemandu tersepit dalam trak berjaya dibebaskan SCDF

Nov 1, 2019 | 11:35 AM

Pemandu tersepit dalam trak berjaya dibebaskan SCDF

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
BERJAYA DIBEBASKAN: Pemandu trak yang tersepit dalam traknya akibat kemalangan di lebuh raya ECP semalam berjaya dibebaskan oleh penyelamat Dart SCDF dalam operasi yang mengambil masa 3½ jam. -Foto SINGAPORE CIVIL DEFENCE FORCE/FACEBOOK.
BERJAYA DIBEBASKAN: Pemandu trak yang tersepit dalam traknya akibat kemalangan di lebuh raya ECP semalam berjaya dibebaskan oleh penyelamat Dart SCDF dalam operasi yang mengambil masa 3½ jam. -Foto SINGAPORE CIVIL DEFENCE FORCE/FACEBOOK. -

DALAM satu operasi selama 3½ jam semalam (31 Oktober), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap dalam trak mengangkut tanah yang dipandunya.

Dalam satu pos di Facebook semalam, SCDF berkata kemalangan itu berlaku di lebuh raya East Coast Parkway (ECP) selepas jalan keluar Tanah Merah Coast Road pada 4.17 petang.

The Straits Times difahamkan bahawa tiada kenderaan lain yang terlibat dalam nahas itu.

Digambarkan oleh SCDF sebagai "misi menyelamat yang rumit lagi kompleks", lelaki itu berjaya dikeluarkan dari kenderaannya oleh penyelamat daripada Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) SCDF, yang juga merupakan pasukan penyelamat elit SCDF, dengan kecederaan hanya kepada anggota bawah tubuhnya.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH) dalam keadaan sedar.

CGH telah menghantar pasukan perubatan kecemasan untuk menyediakan bantuan perubatan di tempat kejadian semalam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg