PEMANDU yang terlibat dalam beberapa insiden mengamuk di jalan raya dijatuhkan hukuman penjara dan ditarik balik lesen memandunya semalam (31 Oktober).
Muhammad Fuad Kamroden, 35 tahun, didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan secara sengaja dan menyebabkan kecederaan parah dengan sukarela, dan atas dua tuduhan menggunakan kekerasan untuk menyerang mangsa yang tidak menyerangnya sama sekali.





