JUMLAH kes denggi dalam tempoh seminggu di Singapura mencatat paras tertinggi sejak tiga setengah tahun lalu, dengan 666 kes minggu lalu, menurut Agensi Sekitaran Nasional (NEA).
Menerusi laman webnya semalam (15 Julai), NEA berkata ini bermakna terdapat 73 kes lebih banyak bagi tempoh antara 7 dengan 13 Julai berbanding minggu sebelumnya.





