Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kes denggi di S'pura catat paras tertinggi sejak Januari 2016

Jul 16, 2019 | 11:35 AM
DENGGI: Terdapat 48 kawasan berisiko tinggi dengan 10 kes atau lebih sekarang termasuk Bedok, Choa Chu Kang, Tampines, Chai Chee dan Pasir Ris.
DENGGI: Terdapat 48 kawasan berisiko tinggi dengan 10 kes atau lebih sekarang termasuk Bedok, Choa Chu Kang, Tampines, Chai Chee dan Pasir Ris. - Foto KUA CHEE SIONG

JUMLAH kes denggi dalam tempoh seminggu di Singapura mencatat paras tertinggi sejak tiga setengah tahun lalu, dengan 666 kes minggu lalu, menurut Agensi Sekitaran Nasional (NEA).

Menerusi laman webnya semalam (15 Julai), NEA berkata ini bermakna terdapat 73 kes lebih banyak bagi tempoh antara 7 dengan 13 Julai berbanding minggu sebelumnya.

Jumlah itu juga melebihi jumlah kes tertinggi bagi tempoh seminggu sebelum ini, iaitu 637 kes yang dicatat pada Januari 2016.

"Tindakan segera diperlukan untuk menghapuskan potensi tempat pembiakan nyamuk dalam masyarakat," kata NEA.

Menurut NEA, terdapat 48 kawasan berisiko tinggi dengan 10 kes atau lebih sekarang termasuk Bedok, Choa Chu Kang, Tampines, Chai Chee dan Pasir Ris.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg