KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menangkap tiga lagi lelaki kelmarin (15 Julai), termasuk penolong kepada presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim, berhubung video seks sejenis yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.
Menurut akhbar The Straits Times, ketua negeri Perak PKR Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak ditangkap bersama dua lagi individu dekat Johor Bahru.





