KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak akan undur diri sebagai perdana menteri selagi beliau tidak selesaikan masalah yang dialami negara.
Masalah itu, katanya, termasuk mendapatkan semula wang berbilion yang hilang menerusi 1MDB, mencari Jho Low dan membasmi rasuah dalam perkhidmatan awam.





